Hologram Mencipta Imej 3D
4 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mac 2024, Ahad staf Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kg Gunung Hilir telah mengadakan aktiviti bersama pelajar sekolah berkaitan modul STEM IoT iaitu Hologram Mencipta Imej 3D. Hologram ialah satu cara untuk mencipta imej atau video 3D. Dalam aktiviti ini, projektor hologram akan memantul, membias dan memancarkan cahaya dari telefon pintar yang diletakkan di bawah model untuk mencipta animasi 3D.
Sebelum menjalankan ekperimen, staf akan membuat tayangan video demontrasi melalui YouTube. Melalui tayangan tersebut, para pelajar dapat menghasilkan imej 3D melibatkan beberapa model menggunakan video hologram di youtube sebagai pantulan imej.
Kelas ini di adakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di mana komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan pelbagai masalah kompleks melalui pengetahuan dalam bidang komunikasi, kerjasama berpasukan, kreativiti dan pemikiran kritikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: